Monday, February 23, 2009

Renovasi Bilik SPBT

Bagan Terap, 23 Feb. - Pada petang Isnin, 23/2/2009, bilik BOS atau lebih dikenali sebagai SPBT telah direnovasi iaitu dilakukan 'upgrading' dibawah pemantauan Pn. Mufnil Ida selaku Guru SPBT. Aktiviti itu dilakukan bermula lebih kurang jam 4.00 petang, disertai lebih kurang enam orang pelajar dua lelaki dari tingkatan 5 dan selebihnya pelajar perempuan dari tingkatan empat. Keenam-enam mereka ini merupakan ahli jawatankuasa SPBT yang telah dilantik oleh Pn. Mufnil bagi membantu beliau bagi melicinkan lagi proses pengendalian buku teks di SAMBT.



Menurut Pn. Mufnil, yang telah masuk dua tahun menyandang jawatan guru spbt, 'upgrading' tersebut dilihat amat perlu bagi menjadikan bilik spbt lebih kondusif, menarik dan tersusun. Di samping itu juga peluang itu tidak dilepaskan untuk menyemak rekod keluar masuk buku dan buku-buku yang perlu dikemaskini. Sememangnya sejak beliau memegang bilik tersebut banyak perubahan-perubahan yang telah dilakukan. Semoga ia memberikan beliau semangat dan kecekalan dalam meneruskan usahanya tersebut. Sumbangan tenaga, minda dan sikap positif amat mengharukan warga sekolah. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment