Bagan Terap, 16 Nov. - Asrama SAMBT telah mengadakan jamuan akhir tahun pada malam 14/11/2009. Acara tahunan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar-pelajar asrama. Walaupun pada waktu itu hujan lebat namun majlis tetap berjalan lancar dan meriah.
Jamuan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana jamuan ala-ala steambot diadakan buat julung-julung kalinya. Idea yang dicetuskan oleh Ust. Ibrahim, PK HEM sememangnya unik dan menarik. Syabas dan tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment