Kem ini telah diadakan di Kalumpang Resort and Training Centre. Resort ini terletak di Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Seramai 38 pengawas menyertai program ini. Program anjuran Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini sedikit sebanyak membantu para pengawas untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan bekerjasama. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Jungle Tracking, Motivasi dan Ceramah, dan juga slot kesedaran diri. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat untuk menjayakan program selama 2 hari ini!
No comments:
Post a Comment