Bagan Terap, 4 Mac - Perhimpunan mingguan Isnin 2 Mac 2009 diceriakan dengan menghadiahkan piala pusingan kepada kelas paling ceria dan bersih mingguan. Jika minggu lepas piala itu berada dalam genggaman 5 Rahmah tetapi pada minggu ini jatuh pula ke tangan kelas 2 Hikmah.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kebersihan dan keceriaan sekolah dan bilik darjah. Selain daripada itu juga memupuk semangat ingin bersaing dalam cara yang sihat dan baik. Ini secara tidak langsung dapat merangsang minda pelajar kerana aktiviti ini menuntut kreativiti setiap pelajar untuk mendekorasi bilik darjah masing-masing dan adalah diharapkan akhirnya akan tercerna kepada peringkat yang lebih besar lagi misalnya menceriakan lagi sekolah mereka.
Perencanaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa 3K di bawah Unit Hal-Ehwal Murid (HEM) ternyata amat bermanfaat dan berbaloi. Tahniah diucapkan kepada Ustzh Zamzarina selaku Setiausaha 3K dan ahli jawatankuasanya terutamanya kepada Setiausaha Kesihatan dan Keceriaan iaitu Ustzh Fahitah kerana berjaya setakat ini memantau kebersihan dan keceriaan bilik-bilik darjah di SAMBT. Semoga usaha berterusan ini mendapat keberkatan dan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment