Friday, March 13, 2009

Ceramah Maulidur Rasul 1430 H

Sabtu, 14 Mac - Pada hari Jumaat, 13 Mac 2009 bertempat di Surau Al-Hidayah SAM Bagan Terap, satu majlis ilmu telah diadakan bagi memperingati junjungan Nabi Muhammad s.a.w iaitu Ceramah Maulidur Rasul. Penceramah jemputannya adalah Tn Haji Ngesan yang memang terkenal di kalangan warga SAMBT.



Beliau menerangkan tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W. dan intipati yang dibawa baginda untuk diterapkan ke dalam kehidupan umat Islam. Selain daripada itu juga beliau mengingatkan supaya tuntutan sunnah hendaklah dipraktikkan sebaiknya kerana ia melambangkan simbolika seorang muslim Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Majlis ini anjuran bersama Bidang Agama dan Unit Badar HEM. Majlis bermula jam 7.30 pagi dengan acara berselawat ke atas Rasulullah kemudian diiukuti dengan ceramah dan majlis berakhir jam 8.30 pagi.

No comments:

Post a Comment