Friday, May 29, 2009

Sambutan Hari Guru SAMBT 2009

Bagan Terap, 28 Mei - Majlis sambutan Hari Guru telah diadakan di Dewan Utama SAMBT. Acara pada hari tersebut telah dirangka oleh pelajar sebagai satu wadah sambutan buat guru. Aktiviti dikategorikan kepada dua Acara Dalam Dewan dan Acara Luar Dewan.



Sambutan pada hari tersebut telah dimulakan dengan aktiviti luar seperti Futsal, Bola Tampar, Basikal Lambat, Mencari Gula-gula dalam Tepung, Menganyam Ketupat, Membawa bola Ping-pong dalam sudu, Sour Fruit dan berbagai lagi.

Setelah itu, guru-guru dibawa masuk ke dalam Dewan Utama bagi meneruskan lagi agenda yang telah direncanakan. Bermula dengan ucapan perasmian kemudian disusuli pula dengan aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan

Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan berjaya disempurnakan dengan kerjasama semua pihak baik guru mahupun pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam dewan adalah Puzzle dan Wonderful Caller.

Oleh kerana kesuntukan masa pada waktu itu majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan persembahan daripada pelajar-pelajar.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment