Saturday, August 8, 2009
Program Bacaan Yasin dan Tahlil
Bagan Terap, 8 Ogos - Satu program anjuran Unit HEM dibawah Badan Dakwah, Ust. Muhammad Salehuddin b. Badordin telah mengadakan program Bacaan Yasin dan Tahlil. Ianya bermula jam 1 petang dan berakhir jam 2.30 petang. Ust. Badron dijemput untuk memimpin program tersebut. Program itu yang diadakan dalam keadaan sederhana tetap meriah dengan kehadiran guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa yang turut meraikan program tersebut.
Pihak sekolah dengan diketuai oleh GPK HEM, Ust. Ibrahim b. Mahmud telah mengorbankan seekor lembu bagi program tersebut. Penyembelihan dan melapah telah dijalankan pada petang Jumaat selepas solat Asar dengan dibantu oleh beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
Seawal jam 8.00 pagi, guru-guru dan pelajar-pelajar telah turun padang bagi membantu dan menjayakan program tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment