Sunday, August 9, 2009

Program Qiamullail di Masjid Sultan Salehuddin Abd. Aziz Shah

Shah Alam, 9 Ogos - Satu program Qiamullail telah diadakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Masjid Sultan Salehuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam pada hari Sabtu, 8 hingga Ahad, 9 Ogos 2009.



Program yang membabitkan semua pelajar dari sekolah-sekolah agama itu mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan. SAMBT sahaja menghantar seramai 88 orang pelajar asrama semuanya dengan pembabitan 44 lelaki dan 44 perempuan diketuai oleh Ust. Ibrahim b. Mahmud (GPK HEM) dan Ust. Muhammad Salehuddin b. Badordin selaku guru pengiring.

Ia bermula dari sesi pendaftaran pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada hari Ahad jam 9.00 pagi. Aktiviti bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan wirid beramai-ramai. Setelah Solat Isyak Berjemaah pelajar mengikuti pula Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Harun Din Al-Hafiz. Aktiviti seterusnya bersambung pula pada jam 3.00 pagi iaitu Qiamullail diketuai Imam Masjid, Ust. Ahmad Mustafa b. Saidin. Sebelum pulang pelajar-pelajar mengikuti kuliah Subuh dan selepas sarapan mereka dibenarkan pulang.

No comments:

Post a Comment