Monday, January 18, 2010
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas
Bagan Terap, 18 Jan - Pada perhimpunan mingguan kali ini telah diadakan majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi tahun 2010. Majlis ikrar tahunan ini yang dibaca oleh Ketua Umum, Kamarul Redzuan b. Mohd Soe juga disaksikan oleh Pengetua SAMBT yang baru iaiti Ust. Mohamad Noor b. Ismail.
Tuan pengetua juga tidak ketinggalan menyampaikan amanatnya kepada semua guru dan pelajar serta mengingatkan akan visi SAMBT iaitu Cemerlang Menjelang 2012 dalam semua aspek terutamanya akademik meliputi SPM, SMA dan PMR.
Selain daripada itu juga, sesi taaruf bersama guru baru yang didatangkan dari JAIS iaitu Ustzh Noraini bt. Syawal yang merupakan graduan UKM.
Ustzh Fahitah turut mewarnai perhimpunan pagi tersebut dengan mengumumkan keputusan SMA SAMBT bagi calon-calon tahun 2009. SMA pada tahun ini adalah paling bersejarah kerana sejak kali pertama menyertai peperiksaan tersebut belum pernah ada warga SAMBT yang berjaya mendapat mumtaz bagi keputusan keseluruhan.
Calon yang bertuah dan pelajar terbaik SMA 2009 disandang oleh Siti Zubaidah bt. Misran. Tambahan pula prestasi SMA tahun 2009 melonjak sebanyak 19.4% dari 48% ke 68%. Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat. Teruskan usaha mendidik anak-anak SAMBT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment