Bagan Terap, 10 Jan - Sempena kehadiran warga baru SAMBT terutamanya yang memasuki asrama, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid dan warden telah mengadakan hari orientasi bagi tahun 2010.
Program yang telah diadakan bermula petang Jumaat 8 Januari 2010 itu telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang dirangka khas bagi meraikan warga baru SAMBT tersebut.
Ia bermula dengan taklimat mengenai asrama, riadhah, qiamullail, brain-storming dan sebagainya. Tahniah kepada Unit HEM kerana berjaya menganjurkan program tersebut.
No comments:
Post a Comment