Tuesday, February 16, 2010

Kantinku Medan Ceria Jiwa dan Minda



Bagan Terap, 15 Feb. - Pada hari Jumaat lalu, Unit Kantin di bawah HEM telah melancarkan Program Kantinku Medan Ceria Jiwa dan Minda. Program yang diketuai oleh Pn. Afzan bt. Dzolkarnain itu selaku Setiausaha Kantin SAMBT bagi tahun 2010 telah bertindak dengan kerjasama guru-guru lain untuk mencantikkan dan menceriakan kantin sekolah.

Antara program yang dijalankan adalah pertandingan mural, gotong-royong melukis mural di kantin sekolah, menyiapkan pentas dan sudut bacaan, menyediakan meja-meja makan pelajar dan pelbagai lagi.

Pengetua juga telah sudi merasmikan pelancaran Program Kantinku Medan Ceria Jiwa dan Minda buat julung-julung kalinya dalam sejarah sekolah SAMBT. Turut meraikan program pelancaran tersebut ialah PK HEM, Ust. Ibrahim b. Mahmud dan seluruh warga SAMBT.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program tersebut. Tingkatkan usaha anda semua dan sentiasalah meniti di jalan kecemerlangan dan kejayaan. Semoga Allah memberkati usaha anda semua.

No comments:

Post a Comment