Sunday, February 28, 2010

Sambutan Maulidur Rasul SAMBT 2010



Bagan Terap, 27 Feb. - Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Dakwah telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul untuk guru-guru dan pelajar-pelajar bagi tahun 2010.
Program yang dimulakan dengan ceramah Maulid yang disampaikan oleh Ust. Ismail, pendakwah bebas itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selepas itu akan diadakan pula penyampaian cenderamata kepada Tokoh Maulid bagi lelaki dan perempuan. Signifikannya adalah untuk dijadikan 'ikon' atau teladan kepada pelajar dari sikap, sahsiah, kredibiliti, dedikasi, tanggungjawab dan sebagainya.

Turut memeriahkan lagi sambutan maulid ini adalah Ujian Kemahiran Amal Islami peringkat sekolah yang akan diadakan bermula 1-5 Mac 2010 yang bertemakan Maulidur Rasul juga.

Dwi program ini diharapkan dapat memupuk ukhuwah dan kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disamping mencungkil bakat-bakat baru bagi aktiviti kokurikulum.

Terima kasih di atas kerjasama anda semua. Semoga anda mendapat ganjaran setimpalnya dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment