Friday, May 21, 2010
Hari Guru Tahun 2010
Bagan Terap, 19 Mei - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada 17/5/2010. Pelbagai acara telah disusun bagi meraikan Hari Guru tersebut yang bermula seawal jam 8.30 pagi.
Sebelum acara bermula, para guru telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang konsisi setiap satunya 10 orang. Kumpulan ini penting kerana ia akan menentukan kumpulan mana yang akan berentap merebut kejuaraan keseluruhan.
Aktiviti untuk hari Guru telah dibahagikan kepada dua iaitu aktiviti dalam dewan dan luar dewan. Bagi acara luar dewan permainan futsal untuk guru-guru lelaki menentang pelajar-pelajar manakala bagi guru perempuan acara bola jaring sahaja.
Setelah itu disambung pula acara sukaneka dan explorace yang menyaksikan ketangkasan dan kecekapan guru-guru dalam menyusun strategi bagi memastikan kemenangan kumpulan masing-masing.
Lebih kurang jam 11.30 pagi acara dewan bermula. Antara yang berlangsung adalah teka-teki dan puzzle. Tidak ketinggalan juga acara tahunan iaitu bertukar-tukar hadiah sesame guru. Pencalonan tokoh guru ceria, prihatin dan popular turut mewarnai acara pada hari tersebut.
Sambutan Hari Guru tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SAMBT sememangnya meriah dan semua guru amat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment