Sunday, May 16, 2010
Gotong-Royong Perdana Tahun 2010
Bagan Terap, 16 Mei - Pihak sekolah dibawah Unit HEM dan PIBG telah menganjurkan gotong-royong perdana yang telah diadakan pada 15/5/2010 bertepatan dengan saranan KPM bermula jam 8.00 pagi. Program gotong-royong perdana telah diadakan di sekitar perkarangan dan kelas-kelas di SAMBT.
Guru-guru juga tidak ketinggalan memeriahkan aktiviti pada hari tersebut begitu juga AJK PIBG turut hadir menyumbang tenaga pada hari tersebut. Pelajar-pelajar telah hadir seawal jam 7.30 pagi dan berhimpun serta mendengar taklimat akvtiti dan pembahagian tugas telah diberikan oleh Ust. Ibrahim (PK HEM).
Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan gotong-royong tersebut. Kerjasama dan bantuan anda amat dihargai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment