Thursday, March 11, 2010
Sambutan Maulidur Rasul Selangor 2010
Shah Alam, 28 Feb. - Pihak sekolah telah menghantar kontigen seramai 40 orang pelajar bersama 2 orang guru ke Stadium Bukit Melawati bagi menyertai program Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor bagi tahun 2010.
Program yang pertama kali disertai oleh kontigen SAMBT ini diselia oleh Ust. Lokman Aidi dan En. Azmi. Tuan Pengetua juga tidak ketinggalan bersama-sama menghadiri dan berarak bersama pelajar-pelajar di sepanjang aktiviti pada pagi tersebut.
Antara aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut adalah persembahan nasyid oleh Hijjaz, Rabbani dan Amy Search, Tazkirah oleh Ust. Fauzi dan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Maahad Integrasi Istana Bandar, Jugra, Banting, Selangor.
Hampir semua jabatan dan sekolah-sekolah di Selangor menyertai program tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment